Majlis Dakwah Negara (MDN) Negeri Kedah dan MDN Dewan Dakwah telah bersama menyalurkan bantuan kepada pekerja barisan hadapan (frontliners) dan kepada golongan yang turut merasai kepayahan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April 2020 depan.
MDN Negeri Kedah telah menyampaikan bantuan kepada frontliners di kalangan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Hospital Jitra baru-baru ini.
Sumbangan akan turut disusuli kepada petugas KKM di Hospital Sultanah Bahiyyah, Alor Setar.
Bagi mereka yang mahu menyumbangkan bantuan kepada barisan frontliners sama ada untuk petugas KKM atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) khusus untuk bahagian utara tanahair seperti Perak Utara, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis atau kepada golongan B40 adalah amat dialu-alukan untuk berbuat demikian.
MDN Dewan Dakwah juga turut sama memberi sokongan bagi menjayakan misi Wakaf Al-Quran sebanyak 15,000 naskah yang akan diedarkan ke Hospital dan Pusat Kesihatan ke seluruh negara yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dengan sokongan Sinar Harian, TV Al-Hijrah serta Ideakreatif.
MDN Dewan Dakwah berpandangan dengan adanya #Quran Time Corner dengan harga RM45 senaskah itu di hospital dan wakaf Al-Quran terjemahan ini akan membantu petugas, pesakit dan pelawat memanfaatkan isi Al-Quran sebaiknya.
Salurkan sumbangan anda kepada:
MDN Wilayah Utara
BSN No Akaun: 0200 2410 0018 1245
Majlis Dakwah Negara Dewan Dakwah
RHB No Akaun: 2-12457-6003489-0
Wakaf Al-Quran (RM45.00 senaskah)
Warisan Ummah Ikhlas Foundation
Maybank Islamic No Akaun: 5642 7651 6031
Setelah sumbangan tunai/check disalurkan anda boleh memaklumkan kepada:
Setiausaha MDN Kedah Haji Ahmad Fuad Ashari di aplikasi whatapps di no talian : 019-4747596
ATAU
MDN Dewan Dakwah untuk sebarang pertanyaan kepada: Ustaz Zainuddin (016-2210340); Dr Helinda ((017-3001902) dan; Puan Lieza (017-2349960).
Be First to Comment