Press "Enter" to skip to content

Tentang MDN

Majlis Dakwah Negara, MDN, adalah satu wadah umat Islam yang merentasi fahaman mazhab, pegangan politik, disiplin ilmu, rupa bangsa, profesyen atau apa sahaja yang membezakan seseorang Muslim dangan yang lain secara artifisial. MDN berstatus badan bukan kerajaan, atau NGO (non-governmental organisation).

Misi utama MDN adalah untuk membantu memperteguh ummah dalam apa sahaja bidang dalam negara ini, sama ada sosial, ekonomi atau politik tanpa berpihak. Justeru, MDN mengangkat agenda perpaduan ummah sebagai agenda nasional, dan mengharapkan ianya disambut dan disantuni bersama oleh semua pihak.

MDN percaya, kita akan jauh lebih kuat, maju dan dihormati apabila ummah berjaya mengenepikan persoalan yang membeza dan memisah antara kita. MDN percaya ianya boleh berlaku dengan meletakkan keutamaan ummah mendahului keutamaan diri dan kelompok berkepentingan.

Menyusun Dakwah Memperteguh Ummah.