Press "Enter" to skip to content

RM1.5juta dana diperlukan laksana program pengukuhan tulisan jawi bersepadu

Sekretariat Pengukuhan Tulisan Jawi menyasarkan sejumlah RM1.5 juta atau RM300,000 setahun bagi tempoh lima tahun dapat disalurkan kepada Majlis Dakwah Negara (MDN).

Tujuan dana itu bagi pelaksanaan gerak kerja tersusun dan bersepadu membabitkan pelbagai agensi kerajaan, pihak swasta dan orang awam di negara ini.

Demikian kata Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Dato Prof Emeritus Mahmood Zuhdi Ab Majid.

Katanya, pihak Skretariat Pengukuhan Tulisan Jawi akanmengemukakan cadangan dasar pelaksanaan kepada kerajaan menerusi agensi awam ke arah usaha pengukuhan tulisan jawi bersepadu sedikit masa lagi.

“Kita mahu sekretariat ini sebagai satu entiti khusus dalam usaha memantapkan tulisan jawi di negara ini yang diiktiraf kerajaan melalui kerjasama antara agensi awam dan pihaK swasta serta masyarakat yang cintakan jawi.

“MDN mengambil langkah untuk menubuhkan sekreatriat tulisan jawi pada Januari lepas, kerana melihat kepada tiadanya satu entiti khusus yang mengembeling semua agensi kerajaan dan swasta untuk mengukuhkan tulisan jawi dalam masyarakat agar terarah dan bersepadu.

“Sasaran kita dalam tempoh lima tahun masyarakat Melayu di negara inikembali selesa dan mesra jawi dalam pengurusan kerja dan dalam kehidupan harian mereka.

“Justeru untuk mengerakkan usaha bersepadu itu sudah pasti pengumpulan dana amat diharapkan bagi merealisasikan usaha ke arah projek bersepadu berskala kecil atau besar, bagi tujuan pengukuhan tulisan jawi di negara ini

“MDN memerlukan sokongan daripada agensi kerajaan dan swasta yang berminat dan sedia bekerjasama dengan MDN bagi tujuan pelaksanaan projek dan pengumpulkan dana untuk bersama MDN dalam tempoh lima tahun itu,”ujarnya.

Justeru beliau mengharapkan semua agensi kerajaan dan pihak swasta sedia untuk mengembelingkan usaha bersama MDN sebagai badan induk pengurusan tulisan jawi untuk menyumbang dana dan memberikan mandat kepada MDN melaksanakan usaha ke arah pengukuhan jawi di setiap peringkat masyarakat.

RM1.5juta dana diperlukan laksana program pengukuhan tulisan jawi bersepadu 2

BacaMDN bentuk jawatankuasa pengukuhan tulisan jawi

Dalam mesyuarat meja bulat kali ke-2 Sekretariat Pengukuhan Tulisan Jawi yang diadakan pada 6 Februari lepas, MDN dan beberapa agensi awam dan swasta telah hadir untuk bersama membincangkan mengenai hala tuju skreatriat ke arah penyelarasan pelaksanaan tulisan jawi ini, selain merancang program-program yang akan dilaksanakan antara MDN dan agensi awam dan swasta terbabit.

Antara agensi awam dan swasta yang hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Majlis Agama Islam Selangor (Mais); Majlis Agama Islam Melaka (Maik); Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp); Majlis Agama Islam Negeri Sarawak; (Majlis Agama Islam Pahang dan; Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang turut hadir Persatuan KhatKebangsaan; Yayasan Pertubuhan Pondok Malaysia (YPPM); Pertubuhan Pondok Perdana; Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yapeim);Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (Permata);Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor(Pitas)

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP);Akademi Pengajian Universiti Malaya (APIUM); dan GISB Holdings.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *