Press "Enter" to skip to content

Program Dakwah Kreatif (Siri 1)

Program Dakwah Kreatif (Siri 1) anjuran Dewan Wanita Majlis Dakwah Negara (MDN) telah menghimpunkan seramai lapan peserta yang mengikuti program kemahiran komunikasi Freehand Visualization Skill (FVS).

Beberapa peserta yang ditemui amat berpuashati dengan ilmu kemahiran asas komunikasi menerusi kaedah FVS ini ketika ditanya mengenai pembelajaran dua hari yang berlangsung itu.

Antaranya Pengusaha Tadika Puan Normah Ibrahim, berpandangan kaedah FVS ini perlu diketahui dikalangan guru dan ibu bapa.

Beliau mengimbas di zaman kanak-kanaknya mengakui tahu melukis tetapi apabila usia meningkat dewasa beliau mendapati ada satu halangan tanpa beliau tahu apa puncanya kesukaran untuk melukis itu berlaku.

“Saya ada ide tetapi tidak tahu macamana nak transfer (pindahkan) rumah impian di kertas..kemudian saya dapat transform (ubah) rumah impian saya dalam bentuk begini (sambil beliau tunjukkan lakaran lukisannya).

“Ia (FVS) bukan sekadar program teori tetapi ada cara yang boleh membantu diri sendiri dan anak-anak kita,” ujarnya.

Bagi Pegawai Pendidikan Daerah Gombak Puan Zainariah Mohd Nor mengakui kesukaran sebilangan orang untuk menzahirkan ide.

Program dua hari ini katanya, sangat memberi kesan emosi dan menguji intelektualnya.

“Alhamdulillah saya berjaya lakukannya di kertas dan difahami secara berkesan. Sebenarnya kita tidak perlu melukis dengan cantik untuk difahami orang lain,” ujarnya yang berpandangan FVS sebagai konsep pembelajaran di abad 21 yang mana beliau yakin jika ia disebarluaskan ide itu boleh difahami dengan mudah di setiap peringkat masyarakat.

Begitu juga dengan pemilik sebuah Pusat Perkembangan Awal Kanak-kanak, Puan Nuridah Mohd Isa yang juga mengakui beliau tidak mahir melukis. Namun katanya, apa yang dibentangkan oleh Dr Rozaimi,meyakinkan beliau untuk meningkatkan teknik berkomunikasi antara pekerjanya.

“Saya tidak pandai melukis denga FVS… insyaallah saya boleh melukis. Teknik ini senang untuk disampaikan hanya melalui lukisan.

“Ia jimat masa, jimat tenaga dan dapat menyelesaikan masalah yang sebelum ini sukar untuk diselesaikan dalam pentadbiran kami,” ujarnya.

Dan tidak ketinggalan bagi Pegawai di Yayasan Wiba Ustaz Mukmin yang berkata, tidak mengetahui cara penyampaian yang betul menyebabkan berlaku salah faham.

Beliau berpandangan teknik komunikasi FVS ini adalah salah satu pembaharuan yang dilakukan melalui dua cara yang digabungkan antara tulisan dan lukisan.

“Penyampaian maklumat tersebut ada pembaharuan antara lukisan dan tulisan kita gabungkan. Ia (FVS) perlu dihadiri dikalangan golongan pemikir dan dalam waktu sama kita kongsi ke arah kebaikan,” ujarnya.

Tidak ketinggalan menimba pengetahuan, Setiausaha Kerja MDN Puan Noralizatul Azua Rusli yang turut mengikuti program ini berkata, kreativiti bukanlah sesuatu yang rigid. Hujahnya FVS itu sendiri bukan ‘melukis’ semata-mata tetapi bagaimana ‘lukisan’ itu boleh mentransformasikan ide.

“Pendekatan ini sangat membantu organisasi menjadi lebih kreatif dari segi komunikasi dan ability (keupayaan) membuat keputusan.

“FVS perlu diperkenalkan dikalangan profesional, kumpulan teknikal dan pengurusan atasan sangat penting.

“Dengan fundamental yang kuat dapat mengerakkan sebuah organisasi itu dengan cara betul dan efektif,” ujarnya.

Tambahnya lagi, sebuah organisasi tidak dapat berfungsi dengan baik kerana komunikasi yang tidak dapat disampaikan dengan baik. Sudah pasti idea yang baik ujarnya, tidak dapat disampaikan secara baik dan akan terus berada dalam kotak fikiran individiu itu, terangnya.

Program yang diadakan itu turut dihadiri Pengerusi Dewan Wanita Dato Hajjah Kamilia Dato Ibrahim dan Pengasas Drawzania.com Dr Ruzaimi Mat Rani sebagai pengajar program FVS.

Siri 2 bagi Program Dakwah Kreatif dengan kerjasama Drawzania.com ini akan diadakan pada tahun depan.

Sesiapa yang berminat untuk mengikuti atau menaja Program Dakwah Kreatif Siri 2, sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Sekretriat MDN Puan Azua ditalian 017-2349960 atau email kepada: [email protected]

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *