Press "Enter" to skip to content

Forum Naratif Malaysia Baharu: Apa Tujuannya?

Oleh: Tun Abdul Hamid Mohamad

Saya merujuk kepada Forum Naratif Malaysia Baharu yang diadakan pada 14 September 2019 di Mega Chinese Methodist Church, Kota Damansara, Selangor. Ia dibuka oleh Steven Sim Chee Keong dan ditutup oleh Michelle Ng Mei Sze.

Eloklah kita tahu sedikit mengenai latar belakang kedua-dua nama yang tersebut di atas, moderator dan ahli-ahli panel forum itu.

Steven Sim Chee Keong adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, seorang Cina Kristian.

Michelle Ng Mei Sze adalah Ahli Dewan Udangan Negeri Selangor (ADUN) DAP Subang Jaya, seorang Cina Kristian.

Moderator forum itu, Philip Koh, seorang peguam, adalah seorang Cina Kristian. Prof. Dr. Tajuddin Rasdi, adalah seorang profesor seni bina, Universiti UCSI. Beliau bukan sahaja satu-satunya ahli panel bukan Cina, malah satu-satunya peserta bukan Cina di forum itu.

Dr. James Chin adalah seorang Cina Kristian dari University of Tasmania. Beliau adalah kelahiran Malaysia (Sarawak) yang masih menjadi warganegara Malaysia. Dr. Lee Kam Hing, bekas profesor sejarah Universiti Malaya, pada masa ini adalah Timbalan Naib Canselor, New Era University College.

Adakah forum itu mempunyai sesuatu agenda? Perhatikan apa yang dikatakan oleh Timbalan Menteri itu di permulaan ucapan pembukaannya. Katanya:“Mengapa kamu semua membuat ini, adakah sesuatu agenda di belakang, terutama sekali dengan Prof .Tajuddin ada sama.”(Terjemahan saya.)

Daripada satu ayat itu kita boleh tahu bahawa:
1. Timbalan Menteri berkenaan mengenali Prof. Tajuddin;
2. Biasanya, apabila ada Prof. Tajuddin, adalah sesuatu agenda.
Ini disahkan oleh Prof Tajuddin sendiri dalam jawapannya di penghujung forum itu.

Antara lain, katanya: “Lihat kepada Utusan Malaysia, siapakah yang menulis “tolonglah Utusan Malaysia”? Prof Tajuddin, yang kebanyakan orang Melayu tidak suka. Saya kata, “Lihat. Tolonglah, 700 orang, kamu tahu, apabila mereka memberhentikan JASA, berapa ribu orang, orang BERNAMA juga, macam itu. Saya kata “Tolonglah,” dan lepas itu saya terpaksa merayu kepada orang bukan Melayu. Seorang Cina berkata, “Saya akan bagi RM20,000.00”, macam itu. Saya berkata kepada orang bukan Melayu, “Jika kita boleh mengumpul RM1 juta, kita boleh memalitnya di muka UMNO, dengan mengatakan “ini orang bukan Melayu tolong”…Beberapa orang berkata, “Wah kamu sangat bersemangat, kamu hendak menolong Utusan”. “Bersemangat bersemangatlah, tetapi saya juga mempunyai strategi politik, kamu tahu, dengan menolong mereka, kita menukar naratif seperti itu.”

Apabila ada masalah, berkenaan agama Kristian atau orang Cina, kamu jangan buat kenyataan akhbar sendiri, tetapi mereka di luar sana, tak ramai, tapi orang macam saya, Siti Kassim, Anas Zubedy. Ini adalah orang Melayu yang berfikiran terbuka, pastikan kamu memasukkan mereka dalam kenyataan ini, supaya kita tukar naratif dan juga kita boleh menjawab balik naratif PWTC, yang ini, dan itulah cara kita bergerakbersama. Walau pun Melayu ini tak ramai tak mengapa, kita boleh ada media, sebab itulah boikot tidak sebenarnya, tidak berjalan dengan cukup baik…” (Terjemahan saya), seperti yang beliau katakan. Ucapannya bercampur-campur Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dan tidak tersusun. Lihat nota akhir.)

Perhatikan agenda yang dipanggilnya “strategi” itu:
1. Beliau merayu kepada orang bukan Melayu (Cina) untuk menderma untuk
“membantu” Utusan Malaysia dengan tujuan:
(a) memalukan UMNO.
(b) mensabotaj Utusan Malaysia dengan menukar naratif (berita atau sesuatu kisah) dan menjawab balik (counter) naratif UMNO/Perpaduan Ummah.
2. Satu lagi strateginya ialah untuk menggunakan orang Melayu seperti beliau, Siti Kassim dan Anas Zubedy bagi menyangkal kritikan orang Melayu/Islam terhadap isu- isu mengenai Kristian atau orang Cina.

Forum itu diadakan pada hari yang sama dengan Himpunan Perpaduan Ummah (HPU914) yang diadakan di PWTC. Adakah itu satu kebetulan?

Timbalan Menteri itu sendiri, dalam ucapan pembukaannya, merujuk kepada perhimpunan di PWTC. Katanya, “Hari ini kita baru ada pertunjukan besar di PWTC, politik dan agama dirapatkan”.

Prof. Tajuddin juga berkata, “dan juga kita boleh menjawab balik naratif PWTC..” Maka, ia bukan kebetulan tetapi untuk “counter” naratif PWTC.

Untuk mengetahui lebih lanjut tujuan forum itu diadakan, mari kita lihat isi kandungan ucapan pembukaan dan pembentangan ahli-ahli panel. Kita kembali kepada ucapan Timbalan Menteri.

“Saya akan lakukan dua perkara dalam ucapan saya hari ini, semua sekali. Saya ingin,
nombor satu, memberitahu anda betapa indahnya Kerajaan Tuhan (Kingdom of God) tetapi saya juga ingin berkongsi dengan anda beberapa perkara yang saya minati ataukerajaan telah lakukan dalam satu tahun yang lalu… “tetapi ketika orang bertanya tentang politik Jesus, seperti ahli politik yang baik saya selalu kembali kepada apa yang saya sebut manifesto Jesus, … Saya berpendapat bahawa Jesus juga mempunyai manifesto kecuali bahawa tidak seperti manifesto PH, manifesto Jesus ada dalam Kitab Suci.

Ini adalah dari Luke Bab IV ayat 18 hingga 19, dan lihat cara Luke berdoa cerita ini. Bagaimana apabila kita mengundi Jesus?Apa yang berlaku apabila Jesus akhirnya menjadi Raja?Pertama, mesti ada berita baik kepada orang miskin. Kedua, apabila Negara Tuhan tiba, mestilah ada kebebasan bagi banduan …Dan ketiga, apabila Christ menjadi Raja, ada pemulihan penglihatan untuk orang buta.

Apabila Tuhan menjadi Raja, nombor empat, akan ada pelepasan bagi yang ditindas .Ini adalah tahun Tuhan untuk bertindak …Rakan-rakan saya sekalian, Negara Tuhan adalah misi yang tidak boleh dihalang, dan alasannya adalah ini, Tuhan sendiri akan bertindak atasnya, dan itu adalah keyakinan kita yang tidak dapat digoyang.

Negara Tuhan tidak dapat dihentikan, dan ini adalah jawapan kita untuk semua ideologi kapitalisme, komunisme, sosialisme, liberalisme, nasionalisme. Tuhan sendiri berkomitmen untuk bertindak dan memastikan kejayaan Kerajaan-Nya sendiri.” (Terjemahan saya mengikut apa yang dikatanya. Rujuk nota akhir.)

Apa kata Pof. Tajuddin? Ia boleh disimpulkan dengan satu ayat: Beliau mengutuk Islam dan orang Islam. Sila ikuti antara apa yang dikatakannya: “Tetapi sebenarnya untuk memberitahu anda kebenaran mengapa saya di sini dan dalam satu pengertian tidak diterima oleh bangsa saya sendiri dan juga agama saya sendiri, adalah kerana secara kebetulan saya membaca 20,000 hadith Nabi Muhammad, daripada Bukhari, Muslim, ini teks-teks yang sepatutnya dibaca oleh ustaz- ustaz, tetapi mereka tidak membacanya, dan umat Islam tidak membaca apa-apa.…. sekolah-sekolah kerajaan kita melarang agama-agama lain diajar, kerana mereka mengatakan ia akan mengelirukan, memanglah keliru, anda beri ustaz, mereka tidak tahu bagaimana hendak berfikir melebihi apa yang mereka telah diajar di madrasah,

Bagilah profesor seni bina (beliau adalah prof. senibina – ditambah), bolehlah, kita tukar, kerana sebagai arkitek kita berfikir di luar kotak, bahkan kita tidak tahu apa kotakitu. 6 (Terjemahan saya).

Katakan lah, orang berkata anda telah bertemu Tuhankah, perkara seperti itu, dan berkata keempat-empat agama itu mereka belum bertemu dengan Tuhan. Maka mereka samalah seperti lima lelaki buta yang cuba untuk mengetahui apa gajah itu padahal mereka tidak pernah melihat apa gajah itu. 7 (Terjemahan saya).

Sekarang, dalam Islam kerohanian adalah berapa kali anda pergi ke haji, berapa kali anda pergi ke umrah, berapa kali anda berjalan ke masjid…. Lihat, dalam Islam mereka diajar ritual dan bentuk tetapi bukan jiwa, bahagian dalam, dan ini adalah masalah, dan bagaimana untuk menyelesaikannya, saya tahu bagaimana hendak menyelesaikannya, hanya saya tidak diberi peluang menyelesaikannya. 8 (Terjemahan saya)

Kita lihat pula apa yang dikatakan oleh ahli panel kedua, Dr. James Chin. Beliau membawa satu point utama, iaitu ketidakpuasan hati beliau terhadap pertambahan penduduk Sabah, yang mengikutnya, kebanyakannya dibawa masuk dari Filipina Selatan. Antara lain, inilah katanya:

“Kini, satu yang menambah kesedihan yang tidak relevan dengan Sarawak tetapi sangat relevan dengan Sabah, sudah tentu rakyat Sabah juga sangat marah kerana telah ada perubahan dramatik dalam demografi Sabah. Sekiranya anda melawat Sabah, katakan pada tahun 1965, Sabah adalah sebuah masyarakat yang cukup seimbang. Majoriti adalah Kadazan Dusun Murut, KDM.

Tetapi di akhir tahun 1970-an sepanjang tahun 1980-an dan 1990-an terdapat perkara yang disebut Projek IC, ada yang menyebutnya Projek M. Pada dasarnya, ia bererti membawa sejumlah besar pendatang haram dari Filipina Selatan, jumlah yang lebih kecil dari Indonesia, penyediaan dokumen segera baru yang berakhir dengan IC biru Malaysia supaya mereka menjadi warganegara, inilah yang kita panggil warga kertas.

Hari ini keadaan sangat serius di Sabah kerana kira-kira 1/3 orang di Sabah hari ini adalah rakyat segera. Sama seperti kopi segera, anda mencurahkannya ke dalam air panas maka anda mendapat IC biru. Kini, dalam keadaan biasa ini tidak akan menjadi masalah tetapi dalam konteks Sabah ia menjadi masalah besar kerana hampir semua kes, semua orang yang dikeluarkan IC biru berakhir dalam senarai pemilih. Dalam erti kata lain, anda menjadi warganegara segera untuk menjejaskan hasil pemilihan negeri.

Oleh itu, saya telah memberikan anda dua angka. Pada tahun 1976, terdapat 22 kerusi majoriti Kadazan Dusun Murut, pada tahun 2008 ia jatuh kepada 13. Pada tahun 1976, terdapat 18 kerusi Islam, pada tahun 2008 terdapat 36. Jadi dalam ruang pada dasarnya satu generasi hasil politik untuk setiap pemilihan negeri Sabah adalah bahawa anda akan berakhir dengan kerajaan Islam, tidak ada dua pilihan mengenainya. Esok, walaupun jika setiap orang bukan Islam di Sabah mengundi untuk parti bukan Islam, anda masih akan berakhir dengan kerajaan Islam. Ok, itulah
kenyataannya. Jadi itulah sebabnya KDM sangat marah.” (Terjemahan saya).

Di akhir ucapannya, beliau beralih kapada gerakan pemisahan. Ini katanya:
“Apa yang juga sangat menarik dalam 10 tahun yang lalu ialah banyak gerakan pemisahan sebenarnya mempunyai dimensi antarabangsa. Mereka mempunyai penyokong di luar Malaysia. Mereka menubuhkan kumpulan di luar untuk menyokong mereka. Jadi, pada 22 haribulan (September) ini, akan ada persidangan, persidangan antarabangsa yang diadakan oleh gerakan pemisahan. Mereka terpaksa mengadakannya di Melbourne dan mereka membincangkan masa depan Sabah dan Sarawak di luar persekutuan. Jadi jika anda berada di Melbourne pada 22 September, datang dan jumpa saya, saya akan memberikan tiket untuk menghadiri, FOC, secara
percuma. 10 (Terjemahan saya).

Sekarang, kita sampai kepada ahli panel ketiga Dr. Lee Kam Hing. Antara lain, katanya:
“Sejarah Malaysia atau sejarah yang dibentangkan dalam buku sejarah kita mempunyai satu, tanah air orang Melayu, dan masyarakat pendatang. Tema berterusan yang berjalan dalam naratif sejarah yang ditaja negara dan dicerminkan dalam buku teks sejarah semasa untuk sekolah dan universiti, tema utamanya adalah perpaduan Melayu, nasionalisme Melayu, Islam dan Malaysia sebagai tanah air bagi orang Melayu.

Teras utama tema ini ialah tuntutan ketuanan Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu. Lebih penting lagi, kisah-kisah sekarang yang dibina di sekeliling Perikatan, BN sebagai makna kemerdekaan negara, dan bahawa UMNO adalah pelindung danpembela hak Melayu.

Dalam usaha untuk menekankan kepentingan Islam dalam sejarah, Teks Sejarah Dunia Tingkatan Empat memperuntukkan 5 dari 10 bab mengenai sejarah Islam. Jadi anda mempunyai 10 bab sejarah dunia dan, jadi anda mempunyai 5 dari 10 bab dalam sejarah Islam, hanya 3 dari 10 bab dalam sejarah dunia yang berkaitan dengan perkembangan idea dan institusi di luar Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara. Oleh itu, hanya 3 daripada 10 bab sejarah dunia yang dikhaskan untuk sejarah dunia di luar rantau ini.

Sekarang dalam naratif ini, peranan dan kehadiran bukan Melayu diberi perhatian yang sangat minimum. Kehadiran Kristian, dan saya ingin mengakhiri perkara ini, telah menjadi sebahagian daripada sejarah negara, terutamanya sejarah Bumiputera Kristian.

Sekarang, misi Kristian menyumbang kepada pengetahuan dan penerbitannya melalui media cetak dan ia adalah Kristian, London Business Society, yang menerbitkan jurnal berbahasa Melayu yang pertama bernama Busan Arbi, dan buku-buku Melayu yang pertama dicetak oleh rumah penerbitan misi, yang dipanggil MPH, kolej pembelajaran pertama di Melaka pada tahun 1850, Anglo-Chinese College, dan salah seorang guru di sana adalah Prof James Leigh yang kemudiannya menjadi profesor Chinese di Oxford.

Sekarang, orang Kristian adalah ilmuan peradaban Melayu.” Akhir sekali, inilah yang dikatakan oleh Philip Koh semasa menyimpul resolusi forum itu:“Tetapi kita semua tahu, Tajuddin juga mengatakannya bahawa banyak kursus yang dijalankan dari segi pendidikan dan latihan belia, kelas-kelas sivik menyebarkan nasionalisme etnik, ketuanan Melayu, bukan nasionalisme sivik, yang bermaksud kita mempunyai sebuah negara bersama.

Kebangkitan Islam, betul, adalah sebahagian dari keseluruhan 3 R ini yang kita bercakap mengenainya: Agama, Ras, Kesultanan. Isu-isu ini berleluasa dengan cara saya, sebagai seorang peguam, ketika saya melihat di mahkamah, pada satu ketika mahkamah nampaknya membenarkan 3 R untuk mengalahkan peruntukan mengenai tafsiran Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3 (1) mengatakan dan kita mesti beri kepadanya all the weight and respect, bahawa Islam adalah agama Persekutuan, tetapi

Perkara 3 (4) sangat jelas, betul, ia mengatakan bahawa tiada apa-apa dalam perisytiharan ini akan merosotkan, menjejaskan atau merosakkan mana-mana perkara (article) lain. Dan, saya akan memanggilnya kawan, Tan Sri Malanjum, Ketua Hakim Negara yang telah bersara, betul, saya ingat dia dalam kes Lina Joy, betul, sesetengah daripada kita telah mendengar tentang itu, dia berkata, “Hello, hello, ada orang yang melihat Perkara 3 (4)?” Dia adalah satu-satunya suara yang menentang tetapi ada suara-suara dominan dalam badan kehakiman yang menggunakan Perkara 3 (1) untukmengatasi perkara-perkara lain, termasuk kebebasan seseorang untuk menukaragamanya.

Saya sengaja memperturunkan petikan ucapan atau pembentangan mereka supaya pembaca dapat membaca dan menilai sendiri dan tidak hanya percaya dan bersetuju dengan apa yang saya katakan.

Dalam ucapannya, Timbalan Menteri itu memuji Negara Tuhan yang mereka hendak tegakkan di negara ini berdasarkan Manifesto Jesus. Beliau menyeru semua Cina (Kristian) untuk bertindak kerana ini adalah tahun Tuhan untuk bertindak dan Tuhan sendiri akan bertindak untuk menegakkan negara Tuhan itu.

Mereka tahu bahawa orang Melayu/Islamlah yang akan menjadi penghalang mereka. Mereka memperolehi seorang Melayu dan Islam yang bersedia untuk mengutuk orang

Melayu dan agama Islam di hadapan Cina Kristian. Beliau telah pun mengatur dan melaksanakan strateginya untuk sabotaj Utusan Malaysia. Lebih penting lagi ialah nasihat beliau kepada mereka, jika ada apa-apa isu mengenai Kristian dan Cina, mereka janganlah membuat kenyataan akhbar sendiri, tetapi menggunakan orang- orang seperti beliau, Siti Kassim dan Anas Zubedy untuk menjawabnya. Semestinya senjata sulit peluru Melayu ini adalah tambahan kepada beratus-ratus Red Beans, termasuk yang menggunakan nama Melayu/Islam.

Ahli panel kedua yang berasal dari Sarawak dan menetap di Australia, diterbangkan dari Tasmania hanya untuk mengemukakan perangkaan mengenai penerimaan rakyat Filipina yang beragama Islam sebagai penduduk Sabah dan rakyat Malaysia. Beliau mengakhiri pembentangan beliau dengan menawarkan tiket percuma untuk menghadiri persidangan bagi membincangkan masa depan Sabah dan Sarawak di luar Malaysia yang diadakan di Melbourne dan mendapat sokongan antarabangsa itu.

Daripada ucapannya pun kita boleh lihat bahawa beliau adalah seorang penyokong, jika tidak pejuang, pemisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Bagaimana beliau bolehmasuk keluar Malaysia dengan bebas untuk mempromosi perpisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia?

Ahli panel ketiga, bekas Profesor Sejarah Universiti Malaya, pula mengkritik sejarah yang ditulis dalam buku sejarah kita, yang mengikutnya, Malaysia adalah tanah air orang Melayu dan orang bukan Melayu adalah masyarakat pendatang. Peranan dan kehadiran orang bukan Melayu dan Kristian diberi perhatian yang sangat minima.

Akhir sekali, Philip Koh, moderator, yang tidak puas hati dengah hakim-hakim, yang
menurutnya menggunakan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan untuk mengatasi
perkara-perkara lain, termasuk kebebasan seseorang untuk menukar agamanya.

Kita boleh simpulkan tujuan forum itu, iaitu:
1. Untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Tuhan berasaskan Manifesto Jesus.
2. Untuk membangkitkan rasa tidak puas hati orang Cina Kristian supaya mereka bangun bertindak, mereka diberitahu mengenai “ketidakadilan” yang dilakukan terhadap mereka oleh kerajaan BN:
a. bahawa kerajaan BN telah membawa masuk banyak orang Islam daripada Filipina untuk menambah bilangan pengundi Islam di Sabah;
b. bahawa peranan orang bukan Melayu dan orang Kristian tidak diiktiraf dalam sejarah negara;
c. bahawa hakim-hakim (yang majoritinya Melayu) menggunakan Perkara 3 (1)
Perlembagaan Persekutuan untuk menghalang kebebasan seseorang untuk menukar agamanya.
3. Untuk memperlekehkan Islam dan orang Islam pada pandangan peserta, Prof. Tajuddin memainkan peranannya.
4. Antara strategi mereka, ialah mensabotaj Utusan Malaysia untuk menukar naratif Melayu/Islam dan menggunakan orang Melayu/Islam untuk melawan (counter) kritikan orang Melayu/Islam terhadap orang Cina dan Kristian.

Perlu difahami bahawa soal sama ada peruntukan 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menghalang seseorang itu menukar agama atau tidak, tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam. Tidak ada penghakiman mahkamah, tidak ada undang- undang, tidak ada orang Islam yang menghalang orang bukan Islam menukar agama. Jika tidak kesemua mereka tidak boleh menukar agama asal mereka kepada agama Kristian.

Kaum yang paling banyak menukar agama adalah orang Cina. Orang Islam tidak menghalang mereka. Masyarakat mereka juga tidak mengambil kisah selagi mereka tidak menukar agama kepada Islam. Tetapi, apabila sahaja seorang anggota masyarakat mereka memeluk agama Islam, maka bukan sahaja keluarganya menentangnya, seluruh masyarakatnya akan memboikotnya. Itu menunjukkan prejudis, jika tidak permusuhan, mereka yang mendalam terhadap Islam.

Tetapi, apabila terdengar sahaja ada seorang Islam yang murtad atau hendak murtad, apatah lagi jika hendak memeluk agama Kristian, maka pasukan peguam mereka dan seluruh jentera missionary mereka akan bergerak serentak untuk membantu dan membelanya. Tidak kira di mana, mereka sampai. Siapa yang membayar upah (fee) mereka?

Ingatlah cubaan untuk menggunakan kalimah Allah dalam bible Bahasa Melayu dan upacara agama Kristian dalam Bahasa Melayu setelah gereja Kristian gagal mengkristiankan orang Melayu secara besar-besaran selama 500 tahun.

Dalam kata-kata lain, dalam usaha menegakkan Negara Tuhan itu, mereka juga mahu
mengkristiankan orang Melayu/Islam. Sekarang fahamlah kita apa yang dimaksudkan dengan Naratif Malaysia Baharu Pakatan Harapan itu .

Saya tujukan rencana ini kepada semua orang Melayu/Islam melampaui sempadan parti politik di Malaysia. Ini adalah ancaman kepada kita semua yang kita perlu tentang bersama.

Yang paling mendukacitakan ialah apabila Menteri Belia dan Sukan (seorang Melayu/Islam) ditanya mengenai aktiviti timbalannya itu, beliau menjawab, “Dia tidak cuba mengkristiankan saya pun”. Itu bukankanlah jawapan yang layak diberi oleh seorang Menteri. Ia menunjukkan betapa naifnya menteri Melayu dalam kabinet PH.

29 09 2019
[email protected]
http://www.tunabdulhamid.my
https://tunabdulhamid.me

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *