Petaling Jaya – Pengerusi Majlis Dakwah Negara, MDN, Dato’ Professor Emiritus Dr Mahmud Zuhdi telah melancarkan usaha mengumpul dana bagi menampung kerja-kerja dakwah MDN kelmarin, Rabu 22 Mei.
Beliau menjelaskan baharu-baharu ini bahawa MDN perlu berusaha secara bersungguh-sungguh mencari dana sendiri untuk menjadikan misi dakwahnya dapat dilaksanakan dengan baik serta menepati sasaran.
Dalam sebaran poster kempen derma tersebut, beliau fokuskan kepada matlamat perpaduan ummah yang menjadi tunggak utama seruan MDN kepada umat Islam di Malaysia.
Be First to Comment