Damansara Perdana, Sabtu, 19 Mei 2019 – Majlis Dakwah Negara, MDN, perlu berusaha belajar berdikari dan mencari dana sendiri untuk meneruskan kerja-kerja dakwah, demikian kata Pengerusinya, Dato’ Professor Emiritus Dr Mahmud Zuhdi sewaktu mengalu-alukan para jemputan majlis iftar anjuran MDN semalam.
MDN yang kini mempunyai pejabat yang baharu siap di Neo Damansara, Damansara Perdana dijangka dapat menjalankan kerja-kerja dakwah dengan lebih efisien dan berkesan.
Pejabat yang dilengkapi dengan bilik mesyuarat yang boleh memuatkan sehingga 40 orang itu adalah hasil sumbangan pelbagai pihak yang menyokong usaha MDN.
Be First to Comment